Boleh jual mercun RM2,000 sehari
Iklan
Seorang peniaga menunjukkan antara jenis bunga api yang paling laris dijual di gerainya di Bandar Meru Raya pada Sabtu.
Jualan memberangsangkan walaupun orang ramai kawal perbelanjaan
IPOH - Penjualan bunga api dan mercun secara terbuka membolehkan peniaga barangan itu memperoleh sehingga RM2,000 sehari.
Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Wan, 32, berkata, jualan bunga api dan mercun mendapat sambutan baik daripada orang ramai terutama pada hujung minggu.