[EKSKLUSIF] 'Ada pihak tertentu yang mahu kenakan saya'
Iklan
Hamzah menyedari ada usaha pihak tertentu untuk memburukkan namanya dalam politik. - FOTO: SINAR HARIAN/ Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
[EKSKLUSIF] KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa ada pihak tertentu dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak akan berhenti berusaha ‘mengenakan’ beliau untuk diheret ke mahkamah sebagaimana dialami pemimpin Perikatan Nasional (PN) lain dan anaknya sendiri.
Bercakap kepada Sinar Harian, Setiausaha Agung PN itu berkata, beliau mungkin bukan pemimpin seterusnya dalam PN selepas Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan yang berdepan beberapa pertuduhan di mahkamah setakat ini.