Siapa yang buat spekulasi?
Iklan
Laporan Sinar Harian berkenaan kes pegawai kanan Kementerian Sumber Manusia yang ditahan oleh SPRM.
TAK habis-habis cerita menteri nak salahkan media.
Terbaru, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar beri peringatan agar ‘pihak media tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi’ berhubung kes pegawai kanan di kementeriannya ditahan oleh SPRM.