Kos naik, pemaju sukar turunkan harga
Iklan
Harga rumah akan terus meningkat pada masa akan datang selagi masalah kenaikan harga bahan binaan tidak ditangani segera. - Gambar hiasan, gambar kecil: Mohamed Fadzill
SHAH ALAM - Dua sebab utama pemaju perumahan tidak dapat menjual rumah dengan harga mampu milik mengikut keupayaan pembeli.
Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan berkata, faktor tersebut adalah kerana harga tanah semakin mahal dan bahan binaan yang terus meningkat sehingga 30 peratus.