Dua individu dicari bantu kes minta derma
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis meminta orang ramai mengesan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kegiatan meminta derma melalui media sosial.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mendapati suspek dikenali sebagai Saiffudin menggunakan media sosial untuk meraih simpati bagi meminta bantuan kewangan.