China tunjuk kekuatan sebenar tawan Taiwan
Iklan
Helikopter milik tentera China melakukan penerbangan berhampiran pangkalan tentera di pulau Pingtan. - AFP
BEIJING - China telah menamatkan latihan ketenteraan selama tiga hari di sekitar Taiwan yang dianggap provokasi terbesar sejak Ogos bagi 'menutup' pulau yang diperintah sendiri itu.
Latihan yang digelar Joint Sword membabitkan puluhan jet pejuang dan beberapa kapal pengangkut pesawat dilakukan sebagai menunjukkan keupayaan sebenar China untuk menawan Taiwan secara paksa jika perlu.