Balik kampung... Ooo... Balik kampung
Iklan
Selain menempuh kesesakan, perjalanan pulang ke kampung yang jauh ketika perayaan memerlukan kos yang tinggi. - Gambar hiasan
"SEKSA bos... kampung saya nun dekat sempadan Siam, kampung isteri pula di hujung negeri Johor.”
Tergerak di hati saya untuk mencelah dan bertanya, alang-alang beristerikan orang jauh kenapa tidak cari yang dari Sao Paulo atau Mogadishu. Sudah tentu tidak perlu bersusah payah mencari alasan kalau tak boleh balik beraya.