Daging import di pasaran naik harga
Iklan
Tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar raya mendapati anggaran peningkatan harga daging import adalah antara RM1 hingga RM4 per kilogram.
Meningkat RM1-RM4 per kilogram di beberapa pasar raya sekitar Shah Alam
SHAH ALAM - Berlaku kenaikan harga bagi daging import menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Berdasarkan tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar raya sekitar Shah Alam mendapati, meskipun harga yang ditawarkan di setiap lokasi agak sedikit berbeza, namun anggaran peningkatan adalah antara RM1 hingga RM4 per kilogram.