Najib hanya boleh buat permohonan pengampunan diraja kali kedua pada Ogos 2025
Iklan
Najib didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan dan beliau terus dibawa ke penjara pada 23 Ogos 2022. Gambar kecil: Mohamed Haniff
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya boleh mengemukakan permohonan keduanya untuk mendapatkan pengampunan diraja kepada Yang di-Pertuan Agong selepas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani hukuman selama 3 tahun atau selepas 23 Ogos 2025.
Ini kerana sehingga kini Istana Negara belum membuat kenyataan terbuka sama ada Yang di-Pertuan Agong bersetuju atau menolak permohonan pengampunan diraja kepada Najib yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Persekutuan, pada Ogos tahun lalu.