[EKSKLUSIF] 'Ramai lelaki dijerat sindiket tipu kerja'
Iklan
Abd Jalil (dua dari kiri) memberi nasihat kepada sekumpulan mangsa terlibat dalam jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara yang berjaya diselamatkan pihak PDRM.
[EKSKLUSIF] Dijanjikan dengan gaji lumayan sekitar AS$3,000 (anggaran RM13,224) hingga AS$5,000 (anggaran RM22,040) untuk bekerja di luar negara menjerat warga tempatan yang akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan kerja.
Bukan itu sahaja, penipuan di media sosial itu menawarkan pakej penginapan hotel mewah dan tiket kapal terbang.