'Dilema rakyat sambut Aidilfitri'
Iklan
Peningkatan kos sara hidup yang naik mencanak menyebabkan orang ramai tidak melepaskan peluang membeli pakaian terpakai yang dijual sekitar harga RM5 hingga RM10 sepasang untuk persiapan Aidilfitri semasa jualan amal diadakan di Kompleks Pendidikan Islam (KPI), Bachok.
BACHOK - Peningkatan kos sara hidup yang naik mencanak membuatkan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah berada dalam dilema untuk melakukan persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata penduduk mengakui poket mereka semakin kering selepas membuat persiapan penggal baharu persekolahan dan menyambut awal Ramadan.