Siasat jualan studio filem Iskandar
Iklan
Media luar negara melaporkan penjualan kompleks produksi filem dan televisyen, Iskandar Malaysia Studios (IMS) dengan harga RM32 juta kepada Singapura GHY Culture & Media.
BEBERAPA hari lalu, media luar negara melaporkan penjualan kompleks produksi filem dan televisyen, Iskandar Malaysia Studios (IMS) dengan harga RM32 juta kepada Singapura GHY Culture & Media.
Penjualan itu sesuatu yang mengejutkan dan menimbulkan banyak persoalan untuk dijawab oleh Khazanah Nasional Berhad.