Pelantikan Timbalan Exco Melaka satu pembaziran - Jailani
Iklan
Ab Rauf yang baru mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka mengesahkan negeri itu bakal membentuk Kerajaan Perpaduan seperti yang dilaksanakan di peringkat persekutuan. - Foto Facebook/Ab Rauf Yusoh, gambar kecil dari kiri: Datuk Muhammad Jailani Khamis, Mazlan
SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis, menyifatkan tindakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pelantikan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selaku Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) adalah satu pembaziran wang rakyat.
Beliau yang juga bekas Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan berkata, tindakan Ab Rauf berkenaan hanya bertujuan untuk memenuhi tuntutan politik semata-mata.