Siapa lancar roket ke Israel?
Iklan
Pelancar roket yang ditemui di selatan Lubnan bersempadan dengan Israel (gambar kanan). Roket yang dipintas sistem peluru pertahanan Iron Dome ketika melintasi ruang udara Israel. - Agensi
BAITULMAQDIS - Israel telah melancarkan serangan udara di selatan Lubnan dengan menyasarkan kedudukan kumpulan Hamas Palestin yang didakwa melancarkan puluhan roket ke utara negara itu, lapor Al-Jazeera.
Pelancaran roket itu berlaku selepas polis Israel menyerbu masuk ke dalam masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, tidak sampai tempoh 24 jam secara berturut-turut pada minggu ini.