'Pemilihan Ab Rauf satu keperluan, bukan semberono'
Iklan
Ab Rauf, 62, menurunkan tandatangan pada dokumen pelantikan sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 pada 31 Mac lalu. Gambar kecil: Awang Azman
SHAH ALAM - Melaka memerlukan seorang nakhoda yang berpersonaliti kuat dan agresif bagi mengelakkan krisis politik berpanjangan di negeri itu.
Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpandangan, pemilihan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu adalah satu keperluan dan bukannya dibuat secara semberono.