Nilai patriotisme AS mereput
Iklan
Hasil kajian pada 1998, 70 peratus menyatakan bahawa nilai patriotisme adalah penting dalam kehidupan mereka, namun pada 2023, hanya 38 peratus yang mempunyai pendapat sama. - Foto hiasan/123RF
PADA bulan Februari yang lalu satu laporan khas telah dikeluarkan oleh jawatankuasa khas yang dikenali sebagai SIGAR (Special Inspector General for Afghanistan Reconstruction).
Jawatankuasa khas diketuai oleh seorang ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) bertujuan menilai keberkesanan dan akauntabiliti terhadap perkara-perkara utama berkaitan kegagalan Amerika Syarikat di Afghanistan.