Risiko jika gagal lunaskan pinjaman FSA2
Iklan
Pakar kewangan berpandangan KWSP seharusnya memperincikan pengiraan jumlah pinjaman bank yang layak dimohon berdasarkan baki dalam Akaun 2. Gambar kecil dari kiri: Mohamad Fazli, Mohd Afzanizam
Langkah KWSP bagaimanapun beri kelegaan kewangan terutama menjelang hari raya
SHAH ALAM - Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan ahli memohon pinjaman bank bermula Jumaat ini memberi sedikit kelegaan kepada pencarum menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dua minggu lagi.
Rata-rata mereka berharap permohonan itu segera diluluskan, walaupun masih ada yang mengharapkan sekali lagi pengeluaran khas KWSP memandangkan persediaan menyambut hari raya memerlukan kos yang tinggi termasuk untuk membeli baju baharu dan barangan keperluan lain.