Implikasi nasib Najib, penyokong Bossku kini tawar hati?
Iklan
Himpunan mega melibatkan 3,000 perwakilan UMNO yang hadir Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur pada 27 Ogos tahun lalu telah bersolidariti menuntut keadilan terhadap kes mahkamah dihadapi Najib.
PADA 27 Ogos 2022, satu perhimpunan Taklimat Khas Presiden UMNO melibatkan 3,000 perwakilan parti itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur telah diadakan sebagai solidariti menuntut keadilan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kempen solidariti ditunjangi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ekoran bekas Ahli Parlimen Pekan itu gagal menangguhkan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC International) tahun lalu.