Selamat tinggal ayah
Iklan
Mendiang Uncle Hoe memilih pendekatan krematorium dan berpesan bahawa abu mayat mendiang ditaburkan ke laut perairan Langkawi. - Gambar hiasan
MINGGU lepas, ayah saya telah meninggal dunia. Mendiang Uncle Hoe menghembuskan nafas terakhir pada umur 72 tahun.
Kelaziman masyarakat Tiong Hua dalam mengurus kematian amat berbeza dengan pendekatan Islam. Mayat biasanya ditempatkan di rumah selama tiga atau lima hari bagi melakukan pelbagai atur cara dan sesi doa, kemudian dikebumikan.