Sokongan Bossku tidak goyah di sebalik tirai besi
Iklan
Sokongan Bossku tidak lari kerana penyokong Najib (kanan) dan Zahid (kiri) adalah daripada kem yang sama. Gambar kecil: Hasan
PANAS bulan puasa tidak dapat menandingi hangatnya polemik kes mahkamah dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini.
Pada Jumaat, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Presiden UMNO itu untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes SRC International Sdn Bhd (SRC).