KUALA LUMPUR - Kerajaan pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau 'Child Restraint System' (CRS) pada medium kenderaan lain termasuklah bas dan ambulans.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, buat masa ini kementerian hanya memberi fokus pada kereta persendirian sahaja.