Virus Marburg tidak akan jadi pandemik di Malaysia
Iklan
Marburg adalah sebahagian daripada keluarga filovirus, yang disebarkan daripada haiwan liar seperti kelawar dan monyet. Gambar kecil: Dr Yahya
SHAH ALAM - Potensi virus Marburg untuk merebak di Malaysia dan mencetuskan satu lagi pandemik adalah rendah memandangkan kadar kematian bagi individu yang menghidapi penyakit itu adalah tinggi.
Pakar virologi daripada Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Yahya Mat Arip berkata, ini kerana simptom yang ditunjukkan oleh penghidap kebiasaannya hanya mengambil tempoh masa yang singkat.