889 kes kezaliman haiwan dikesan
Iklan
Muka hadapan akhbar Sinar Harian pada 26 Mac 2023 melaporkan sikap penzalim haiwan yang semakin kejam sehingga menyebabkan 889 kes membabitkan isu kezaliman dan pengabaian haiwan dikesan.
SHAH ALAM - Sebanyak 889 kes membabitkan isu kezaliman dan pengabaian haiwan dikesan berdasarkan aduan yang diterima Jabatan Perkhidmatan Veterinar dari tahun 2021 hingga kini.
Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, sebahagian kes berkenaan dapat diselesaikan susulan saksi dan bukti yang mencukupi.