‘Masa depan Pejuang gelap’
Iklan
Pejuang menghadapi kesukaran menghadapi PRN apabila PN mengambil keputusan untuk menolak permohonan kemasukan parti pimpinan Mukhriz itu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Jeniri (kiri), Mohamed Tawfik
Penganalisis politik berpendapat ia disebabkan beberapa faktor antaranya tidak mempunyai ideologi jelas
SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menghadapi kesukaran menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila Perikatan Nasional (PN) mengambil keputusan untuk menolak permohonan kemasukan parti pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.
Penganalisis politik, Datuk Dr Jeniri Amir berpandangan bahawa masa hadapan Pejuang gelap disebabkan tidak mempunyai ideologi jelas, pemimpin ternama yang bertukar arah, jentera akar umbi lemah dan kewangan yang tidak kukuh.