Melayu-Islam di bawah era Kerajaan Perpaduan
Iklan
Anwar ketika mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur pada 19 Mac lalu..
KEPUTUSAN Pemilihan Agung UMNO penggal 2023-2026 memberi indikasi hala tuju politik UMNO di mana persoalan kelangsungan kerjasama Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan dan negeri semakin kukuh.
Ia sebagaimana yang disahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat kedua Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada Ahad.