Johari mampu berperanan semak dan imbang
Iklan
Datuk Seri Johari Abdul Ghani beramah mesra bersama para perwakilan ketika hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa sesi 2023/2026 kali ke-38. Foto: Bernama
SHAH ALAM - Kemenangan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Naib Presiden bagi sesi 2023-2026 dilihat berupaya memainkan peranan semak dan imbang dalam parti keramat Melayu itu.
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpandangan, Johari merupakan antara sosok pemimpin yang terkenal sebagai seorang yang berpendirian tegas.