Siapa bakal buat kejutan?
Iklan
Lapan calon bagi jawatan Naib Presiden UMNO diumumkan sewaktu sesi pengenalan pada pemilihan UMNO 2023-2026 di Seremban, pada Isnin lalu.
SELEPAS selesai pemilihan sayap UMNO pada Sabtu lalu, parti keramat Melayu itu bakal menyaksikan kemuncak pemilihan pemimpin yang bakal merebut jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) hari ini.
Tumpuan tentunya terarah kepada siapa yang bakal menduduki jawatan Naib Presiden setelah UMNO memutuskan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.