Pengukuran kecenderungan integriti
Iklan
Ujian poligraf dilihat dapat menjadi pelengkap kepada kaedah psikometrik dalam menentukan tahap integriti dan kebolehpercayaan seseorang individu. - Foto 123RF
KAEDAH pengukuran kecenderungan integriti individu seperti ujian poligraf dan ujian psikometrik mempunyai keupayaan untuk memperkasa integriti warga kerja, seterusnya integriti organisasi masing-masing.
Meletakkan individu mempunyai tahap integriti tinggi bagi jawatan dan bahagian berisiko dalam organisasi memerlukan satu kaedah empirikal yang boleh membuktikan keupayaan individu itu berlaku jujur serta amanah menjalankan tugas.