Wujudkan undang-undang khusus elak pengabaian
Iklan
RUU Warga Emas yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat nanti perlu memperhalusi hak warga emas serta tanggungjawab pihak penjaga. (Gambar kecil: Muhammad Akram)
Perlu perhalusi hak warga emas serta tanggungjawab pihak penjaga
SHAH ALAM - Hampir semua undang-undang di negara ini tidak menyentuh secara terperinci mengenai hak warga emas atau ibu bapa yang sudah berusia.
Peguam, Muhammad Akram Abdul Aziz menjelaskan, walaupun terdapat sebilangan peruntukan yang boleh diguna pakai kepada golongan berkenaan, namun ia dirujuk sebagai perlindungan hak umum sahaja.