M40 mahu insentif selain rebat cukai
Iklan
Isu kenaikan harga barang makanan dan kenaikan kos sara hidup saban tahun menjadi kebimbangan. - Gambar hiasan. (Gambar kecil: Fatimah, Muhamad Zharif)
MENYINGKAP intipati Belanjawan 2023 Malaysia Madani yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan antara lain dilihat fokus menangani isu kos sara hidup dan keterjaminan makanan.
Buktinya, RM64 bilion diperuntukkan daripada keseluruhan Belanjawan Madani berjumlah RM388.1 bilion bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti kawalan harga barang, bantuan kewangan dan pemberian perkhidmatan kepada majoriti rakyat.