'Diheret pula Menteri KDN'
Iklan
Komen Hishamuddin terhadap hantaran video Khairy mengenai isu pemilihan dua jawatan tertinggi UMNO.
Hishammuddin persoalkan apa sedang berlaku dalam UMNO sehingga libatkan Saifuddin
SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempersoal apa sebenarnya yang sedang berlaku terhadap parti itu.
Ini kerana, beliau mendakwa, parti Melayu itu turut mengheret Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam isu usul dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan kali ini.