Makan sepak terajang hampir setiap hari
Iklan
Salbiah sedih mengenangkan nasibnya yang pernah berkahwin dengan lelaki panas baran.
MELAKA - Meskipun lebih 20 tahun peristiwa hitam menjadi mangsa keganasan rumah tangga berlalu, namun insiden itu tetap segar dalam ingatan buat ibu tunggal ini.
Salbiah Abdul Hamid, 56, berkata, setiap kali mendengar kes penderaan tidak kira membabitkan wanita atau kanak-kanak, pasti badannya menggigil sehingga mengalirkan air mata.