Kem Rohingya musnah dijilat api
Iklan
Api dan asap tebal menjulang tinggi dalam kejadian kebakaran di Kem 11 Balukhali pada Ahad.
COX'S Bazar - Sebuah kem penuh sesak dengan pelarian Rohingya di tenggara Bangladesh musnah dalam kebakaran besar pada Ahad menyebabkan kira-kira 22,000 penghuninya tinggal sehelai sepinggang.
Kebakaran dahsyat yang memusnahkan sekurang-kurangnya 2,000 pondok di daerah Ukhiya itu dipercayai berpunca daripada letupan tong gas memasak.