Menilai Kertas Putih Pertahanan
Iklan
Visi utama KPP 2020–2030 adalah untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara selamat, berdaulat dan makmur menerusi tiga tonggak Strategi Pertahanan Negara. Gambar hiasan.
ISU kemampuan pertahanan sememangnya akan dikaitkan dengan aset ketenteraan sesebuah negara. Walaupun demikian, hubungan antara kemampuan aset dengan keupayaan tersebut sering disalah tafsir bukan sahaja oleh rakyat marhaen, tetapi juga sebahagian ahli politik.
Membuat kesimpulan mudah bahawa semua masalah berkaitan operasi ketenteraan era globalisasi yang rumit boleh diselesaikan dengan kekuatan aset fizikal semata-mata membayangkan kemampuan pemikiran yang dangkal.