'Ini punca simpanan Melayu rentan'
Iklan
Pencarum mengharapkan dividen KWSP yang tinggi bagi meningkatkan simpanan hari tua mereka. (Gambar kecil dari kiri : MOHD AFZANIZAM dan KAMARUL BAHARIN)
SUSULAN pembentangan prestasi dividen 2022, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 5.35 peratus untuk simpanan konvensional dan 4.75 peratus untuk simpanan syariah, turut didedahkan isu pencarum Melayu memiliki kadar simpanan median lebih rendah berbanding kaum lain.
Data simpanan ahli KWSP mengikut bangsa sehingga 31 Disember 2022, menunjukkan pencarum Melayu terendah dalam simpanan median (semua peringkat umur) dengan jumlah simpanan RM4,893, manakala simpanan median umur di bawah 55 tahun berjumlah RM5,529.