Syor dividen ikut baki simpanan
Iklan
Contoh pengiraan dividen pelbagai peringkat untuk pencarum KWSP dengan baki simpanan RM1 juta (Gambar kecil :Muhamad Zharif)
SHAH ALAM - Pakar ekonomi berpandangan cadangan mengubah kaedah pengiraan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada struktur pelbagai peringkat (multi-tier dividend structure) merupakan antara kaedah terbaik untuk meningkatkan jumlah caruman bagi mereka yang mempunyai simpanan rendah.
Ahli Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA), Muhamad Zharif Luqman Hashim menjelaskan, struktur pelbagai peringkat adalah sistem di mana dividen diberikan pada kadar berbeza mengikut jumlah simpanan ahli KWSP tersebut.