Kebun haram bukan punca banjir lumpur
Iklan
Aktiviti penanaman semula dilakukan di kawasan Hutan Simpan Bukit Tinggi yang diceroboh untuk aktiviti pertanian. (Gambar dalam : Mohd Hizamri Mohd Yasin)
Hasil siasatan, terdapat aktiviti pencerobohan namun bencana berlaku adalah berpunca daripada hujan lebat berterusan selama tiga jam
KUANTAN - Kejadian kepala air, banjir lumpur dan tanah runtuh di Jalan Lama Gombak-Bentong pada bulan lalu bukan disebabkan pencerobohan Hutan Simpan Bukit Tinggi bagi tujuan pertanian.
Sebaliknya, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin menjelaskan, bencana itu sebenarnya berpunca daripada hujan lebat berterusan selama tiga jam.