Permulaan penuh harapan
Iklan
Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa parti lain membentuk Kerajaan Perpaduan diketuai Anwar.
Penganalisis lihat tempoh 100 hari Kerajaan Perpaduan bermula dengan baik
SHAH ALAM - Kerajaan Perpaduan melakukan permulaan yang baik dalam menetapkan arah yang tepat untuk pertumbuhan serta penyembuhan negara.
Penganalisis politik, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, pemerintahan sedia ada telah memberi tumpuan segera kepada isu yang menekan rakyat seperti inflasi, pengangguran dan peningkatan kos sara hidup termasuk makanan dan barangan keperluan.