100 hari pentadbiran Anwar penuh warna-warni
Iklan
Anwar menandatangani Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia pada Istiadat Pengurniaan sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara pada 24 November lalu. Gambar kecil: Hisommudin
HARI ini genap 100 hari Datuk Seri Anwar Ibrahim menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 (PMX).
Hal ini susulan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendapat sokongan 148 daripada 222 ahli Parlimen untuk mengetuai Kerajaan Perpaduan dan kekal menerima kepercayaan mereka melalui usul undi percaya kepimpinan beliau di Dewan Rakyat pada 19 Disember lalu.