Pas, Gerakan terbuka terima penyertaan Pejuang dalam PN
Iklan
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Tuan Ibrahim, Wan Ahmad Faysal)
SHAH ALAM - Keputusan muktamad sama ada permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) diterima atau tidak bakal diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN, dalam masa terdekat.
Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengesahkan PN sudah menerima permohonan Pejuang yang berhasrat menyertai gabungan parti politik berkenaan.