Kurang peduli aspek kebersihan
Iklan
Pemantauan pihak berkuasa yang lemah didakwa menyebabkan pusat pengumpulan sampah haram meningkat. Gambar kecil dari kiri: Randolph, Norelan
SHAH ALAM - Aktiviti pembuangan sampah haram mutakhir ini amat membimbangkan.
Naib Presiden Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM), Randolph Jeremiah berkata, aktiviti pembuangan sampah haram ini berlaku kerana sikap manusia yang mengambil mudah dengan aktiviti tidak bermoral tersebut.