Masa depan Malaysia Madani
Iklan
Sambil kita meraikan anak-anak yang cemerlang, kita jangan lupa untuk memberi perhatian kepada anak-anak yang ketinggalan dalam pelajaran. (Gambar hiasan)
BARU-baru ini saya dijemput oleh sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur untuk menyampaikan ucapan perasmian sempena majlis anugerah cemerlang para pelajarnya.
Saya memulakan ucapan dengan memohon maaf kerana saya akan melanggar protokol kebiasaan yang berlaku dalam majlis-majlis di Malaysia.