Tindakan RoS lengahkan keputusan usul PAU 2022 timbul tanda tanya
Iklan
Sehingga kini RoS belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada usul tambahan diluluskan PAU 2022 sah atau tidak. Gambar kecil dari kiri: Hisommuddin, Mohammad Tawfik, Wan Ahmad Fauzi
TINDAKAN Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang terus berdiam diri berhubung aduan usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, Januari lalu, menimbulkan 1,001 persoalan.
Penganalisis politik berpandangan, situasi itu sepatutnya tidak berlaku kerana sebelum ini RoS sudah memanggil Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bagi memberikan penjelasan dan mendapatkan maklumat tambahan berhubung kes terbabit.