Menjangkau 100 tahun, politik Tun M belum selesai?
Iklan
Di sebalik sumbangan besar Dr Mahathir terhadap pembangunan negara, ramai pemerhati politik berpandangan sudah tiba masanya bekas Perdana Menteri itu bersara dari politik.
PERJALANAN politik bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya amat menarik dan penuh warna-warni.
Mula menyertai UMNO dan menjadi wakil rakyat pada usia agak lewat iaitu 55 tahun, bekas Presiden parti selama 22 tahun itu juga pernah dipecat dan keluar daripada parti utama kaum Melayu itu sebanyak tiga kali.