KWSP tambah RM500 vs keluar RM10,000, mana lebih populis?
Iklan
Adakah caruman RM500 dapat memulihkan ekonomi rakyat serta membantu golongan rentan yang terdesak menggunakan wang berbanding pengeluaran RM10,000? Gambar kecil: Carmelo Ferlito
BELANJAWAN 2023 Malaysia Madani melabuhkan tirainya pada petang Jumaat dengan topik isu kebenaran pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia akhirnya terjawab.
Dengan kerajaan mengumumkan tiada lagi kebenaran pengeluaran simpanan KWSP buat kali terakhir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menambah caruman simpanan Akaun I KWSP sebanyak RM500 kepada pencarum berusia antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang RM10,000 ketika ini.