Noktah kemiskinan tegar, M40 turut dibela
Iklan
Kerajaan bertekad untuk menoktahkan kemiskinan tegar kira-kira 130 ribu rakyat dengan Belanjawan 2023, Malaysia Madani.
SHAH ALAM - Kerajaan bertekad untuk menoktahkan kemiskinan tegar kira-kira 130 ribu rakyat tanpa mengira latar belakang dengan pelbagai langkah yang menyeluruh melalui Belanjawan 2023: Malaysia Madani.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya dapat meningkatkan potensi pendapatan.