Cukai barangan mewah patut sudah lama dilaksanakan: Anwar
Iklan
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Jumaat.
SHAH ALAM- Kerajaan mengambil pendekatan lebih progresif sebagai langkah baharu meluaskan asas cukai kepada mereka yang punyai kemampuan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk itu kerajaan akan memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah.