Bandar di Asia Tenggara senasib kota Atlantis?
Iklan
Jangkaan mengenai Jakarta bakal tenggelam dalam tempoh beberapa puluh tahun akan datang bukan sekadar cakap kosong apabila Masjid Wal Adhuna yang terletak di kawasan Muara Baru, Penjaringan, Jakarta Pusat menjadi 'saksi bisu' kepada jangkaan tersebut apabila strukturnya semakin tenggelam akibat peningkatan paras laut.
Berisiko tenggelam akibat bencana banjir dan urbanisasi tidak terkawal
SATU kajian oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU) di Singapura yang diterbitkan dalam jurnal Nature Sustainbility tahun lalu menyatakan bahawa bandar-bandar tepi pantai di Asia Tenggara akan tenggelam lebih cepat berbanding tempat-tempat lain di seluruh dunia.
Menurut kajian itu, situasi tersebut menyebabkan berpuluh-puluh juta orang lebih berisiko terhadap ancaman peningkatan paras air laut secara perlahan-lahan.