Kaji insurans Rahmah untuk belia
Iklan
Laporan Sinar Ahad yang menyarankan kerajaan menyediakan perlindungan takaful atau insurans mampu milik serendah RM50 kepada golongan belia berumur 18 hingga 25 tahun khususnya yang kurang berkemampuan.
SHAH ALAM - Kerajaan akan mempertimbang saranan supaya golongan belia diberikan perlindungan takaful dan insurans mampu milik atau Insurans Rahmah serendah RM50 dengan manfaat lebih kompetitif bagi memastikan keselamatan dan kebajikan golongan itu dilindungi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, saranan itu seiring dengan hasrat kerajaan yang mahu memperluas inisiatif Rahmah kepada sektor perbankan dan insurans.