Nutrisi lengkap dalam Menu Rahmah
Iklan
Nor Haziqah Md Azmi menunjukkan lima hidangan menu Rahmah yang ditawarkan di Kedai Tok Mi Selera Kampung, di Kuala Nerus.
Komposisi hidangan berasaskan sumber karbohidrat, protein, fiber dan vitamin mineral
SHAH ALAM - Pakar dietetik mengesahkan Menu Rahmah mempunyai nutrisi mencukupi kerana mengandungi komposisi hidangan berasaskan sumber karbohidrat, protein, fiber dan vitamin mineral yang lengkap dalam diet harian.
Perkara ini sekali gus menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan menu ini mendedahkan pengguna kepada penyakit kanser dan autisme kerana dikhuatiri mendapat hidangan bermutu rendah.